"Kenapa Para Ulama kita sering mengadakan maulid? Kenapa kita sering berkumpul duduk bersama-sama untuk membaca sejarah kehidupan Baginda Rasulullah ﷺ? Kenapa kita wajib mempelajari akan sirah Nabi Muhammad ﷺ? Kenapa perlukan semua ini?"
"Kerana apa? Kerana bernilainya dan keutamaannya khusus buat Ummat Nabi Muhammad ﷺ itu sendiri untuk mengetahui akan kehidupan Nabi mereka, Nabi Muhammad ﷺ. Sebab kehidupan itulah yang sepatutnya menjadi ikutan di dalam kehidupan mereka."
"Untuk apa? Untuk mendapatkan cintanya Allah سبحانه وتعالى, nak ittiba nak ikut Nabi Muhammad ﷺ.
Kalau kita tak kenal, tak tahu cara hidup Baginda Rasulullah ﷺ maka tak akan dapat untuk kita ikut Baginda Rasulullah ﷺ. Kata Allah سبحانه وتعالى; "Telah ada bagi kamu pada diri Baginda Rasulullah ﷺ sebagai contoh yang terbaik untuk mereka."
Kalau kita tak kenal, tak tahu cara hidup Baginda Rasulullah ﷺ maka tak akan dapat untuk kita ikut Baginda Rasulullah ﷺ. Kata Allah سبحانه وتعالى; "Telah ada bagi kamu pada diri Baginda Rasulullah ﷺ sebagai contoh yang terbaik untuk mereka."
"Yakni orang-orang yang mengharapkan redha dan rahmat daripada Allah dan juga selamat di akhirat. Syaratnya mesti jadikan Nabi Muhammad ﷺ sebagai contoh tauladan dalam kehidupannya. Tak akan tahu nak mengambil Nabi Muhammad ﷺ sebagai contoh tauladan dalam kehidupannya tanpa dia mempelajari, ambil tahu mengenai sirah kehidupan Baginda Rasulullah ﷺ."
"Bahkan kita hadir di majlis ilmu apa pun yang ketika membahaskan tafsir yang ketika membahaskan hadis yang ketika membahaskan feqah yang ketika membahaskan tasawwuf dan sebagainya sebenarnya hakikatnya kita telah membahaskan kehidupan Baginda Rasulullah ﷺ."
"Kita tak akan dapat mengenal Allah سبحانه وتعالى tanpa kita mengenal kepada Baginda Rasulullah ﷺ. Sebab itu pentingnya ketika mana kita membicarakan mengenai kehidupan Para Sahabat, Para Solihin, Para Ulama."
"Itu semua tidak lain tidak bukan hakikatnya sebenarnya adalah kita membicarakan tentang Baginda Rasulullah ﷺ kerana mereka mewarisi daripada akhlak, ilmu dan keberkatan Nabi Muhammad ﷺ. Imam Abu Hanifah رحمه الله تعالى berkata; "Sesungguhnya kisah-kisah hikayat mengenai Para Solihin dan Para Ulama itu, lebih aku cintai dan aku sukai daripada banyaknya membaca mengkaji mengenai feqah."
"Bukannya bermakna dia tidak mendalami feqah bahkan beliau Imam Abu Hanifah merupakan fuqaha yang sangat hebat dan merupakan Imam Mazhab tetapi melihat kepentingan untuk mengenal kepada Para Solihin dan Para Ulama dikeranakan ianya memberikan kesan kepada adab dan akhlak kepada sesuatu kaum atau kelompok itu."
"Terbentuklah sesuatu akhlak dan adab dengan memahami dan mengenal adab dan akhlak mereka yang mencontohi kepada adab dan akhlak Nabi Muhammad ﷺ. Bermakna kalau kita ini di dalam kawasan kita ini hidup dengan akhlak Para Solihin, Para Ulama yang mengikuti, mencontohi kepada kisah-kisah akhlak Nabi ﷺ dan adab-adab Nabi ﷺ."
"Maka pastilah tempat itu akan subur dengan majlis-majlis ilmu dan pastinya masjidnya akan makmur. Akan tetapi, kalau kita tengok pada hari ini yang subur itu apa? Pusat karoake. Sebab apa? Sebab yang mahsyur yang diminati itu adalah penghibur-penghibur."
"Yang tumbuh yang subur itu adalah padang-padang bola, futsal dan sebagainya sebab yang mahsyur pada zaman ini adalah pemain-pemain sukan dan sebagainya. Itu adalah menurut kepada apa yang mahsyur di dalam sesuatu tempat di dalam sesuatu masyarakat."
"Itulah yang nantinya akan terisi dengan gaya kehidupan sesuatu kaum ataupun sesuatu kelompok itu. Oleh kerana itu Para Ulama mengambil suatu insentif untuk nak selalu menjadikan suatu rutin untuk menghidupkan majlis maulid ataupun majlis yang mana ianya akan menambahkan cinta kepada Allah dan Nabi ﷺ."
"Majlis yang menceritakan tentang sirah akhlak dan adab Baginda Rasulullah ﷺ. Sebab apa? Sebab ianya merupakan fitrah kepada manusia yang cinta kepada keindahan, kecantikkan dan juga kebaikan. Dua perkara yang diminati oleh hati kita adalah pertama yang cantik dan yang kedua adalah yang baik-baik."
"Oleh kerana itu Allah سبحانه وتعالى menjadikan Baginda Rasulullah ﷺ secantik-cantik makhluk supaya tak ada lagi alasan dan sebab untuk kita tak jatuh cinta kepada Nabi Muhammad ﷺ kerana kita pasti akan jatuh cinta kepada kecantikan Baginda Rasulullah ﷺ."
"Sehingga disebutkan ketika Nabi Yusuf عليه السلام yang begitu tampan dan cantik ketika mana dia lalu di depan orang-orang wanita yang memotong kepada buah sehingga kerana keasyikan dan kecantikan Nabi Yusuf sehingga terhirislah jari-jemari mereka tanpa disedari kesakitannya."
"Kalaulah begitu keadaannya Nabi Yusuf?Bagaimanakah kecantikan Baginda Rasulullah ﷺ yang begitu cantik. Kalau dibongkarkan oleh Allah mengenai kecantikan Baginda Rasulullah ﷺ maka sudah pastilah yang terhiris itu bukan sahaja jari-jemari tetapi yang terhiris itu adalah hati."
"Bermakna nak bagitahu cantiknya Baginda Rasulullah ﷺ. Yang keduanya fitnrah manusia itu adalah suka kepada kebaikan.
Betapa jahat, teruk macam mana sekalipun seseorang itu tetapi fitrahnya dia tetap suka kepada kebaikan. Kalaupun ada orang yang brutal yang teruk pun tapi kalau dia nak cari pasangan hidup nak kahwin pasti dia nak cari yang soleh yang solehah yang baik-baik."
Betapa jahat, teruk macam mana sekalipun seseorang itu tetapi fitrahnya dia tetap suka kepada kebaikan. Kalaupun ada orang yang brutal yang teruk pun tapi kalau dia nak cari pasangan hidup nak kahwin pasti dia nak cari yang soleh yang solehah yang baik-baik."
"Oleh kerana itu Allah سبحانه وتعالى menyatakan bahawa Baginda Rasulullah ﷺ adalah sebaik-baik makhluk ciptaan dan akhlaknya Baginda Rasulullah ﷺ. Kalau kita betul-betul rindu dan cinta kepada Baginda Rasulullah ﷺ maka sudah pastilah tiada lain yang kita inginkan kecuali kita ingin dan terus ingin untuk mengetahui mengenai kehidupannya Baginda Rasulullah ﷺ."
"Dan kita nak mencontohi kepada Baginda Rasulullah ﷺ dalam kehidupan kita. Dan sudah tentulah rindu dan cinta kita itu akan membuatkan kita untuk saling berlumba-lumba melakukan amal kebaikan untuk beramal untuk kita nak menyediakan bekalan kita menuju ke akhirat untuk kita berjumpa dengan Allah سبحانه وتعالى dan Baginda Rasulullah ﷺ.
Daripada Al-Habib Najmuddin Othman Al-Khered.
0 Response to "Cinta Sang Pencinta"
Post a Comment