Latest Updates

Bahaya dan Akibat Yang Ditimbulkan dari Berzina


Semoga ini bisa menjadi mau'idhah hasanah bagi orang-orang muslim. ZINA merupakan kejahatan yang sangat besar yang memberi kesan amat buruk kepada penzina itu sendiri, khususnya
dan kepada seluruh umatnya. Di zaman sekarang di
mana banyaknya saluran dan
media yang berusaha menyeret
kearah perbuatan keji ini, maka
amat perlu untuk setiap orang
mengetahui bahaya dan akibat
buruk yang timbul dari dosa
zina. Kita semua hendaklah lebih
berhati-hati dan berwaspada
agar tidak terjerumus, hatta,
walaupun hanya mendekatinya.
Di antara akibat buruk dan
bahaya tersebut adalah :
Dalam zina terkumpul
bermacam-macam dosa dan
keburukan yakni
berkurangnya agama si
penzina, hilangnya sikap
wara ’ (menjaga diri dari
dosa), buruk keperibadian
dan hilangnya rasa cemburu.
Zina membunuh rasa malu,
padahal dalam Islam malu
merupakan suatu hal yang
amat diambil berat dan
perhiasan yang sangat indah
khasnya bagi wanita.
Menjadikan wajah pelakunya
muram dan gelap.
Membuat hati menjadi gelap
dan mematikan sinarnya.
Menjadikan pelakunya selalu
dalam kemiskinan atau
merasa demikian sehingga
tidak pernah merasa cukup
dengan apa yang
diterimanya.
Akan menghilangkan
kehormatan pelakunya dan
jatuh martabatnya baik di
hadapan Allah mahupun
sesama manusia.
Allah akan mencampakkan
sifat liar di hati penzina,
sehingga pandangan
matanya liar dan tidak
terkawal.
Pezina akan dipandang oleh
manusia dengan pandangan
mual dan tidak percaya.
Zina mengeluarkan bau
busuk yang mampu dihidu
oleh orang-orang yang
memiliki ‘qalbun salim’ (hati
yang bersih) melalui mulut
atau badannya.
Kesempitan hati dan dada
selalu meliputi para pezina.
Apa yang ia dapati dalam
kehidupan ini adalah sebalik
dari apa yang diingininya. Ini
adalah kerana, orang yang
mencari kenikmatan hidup
dengan cara bermaksiat
kepada Allah maka Allah akan
memberikan yang sebaliknya
dari apa yang dia inginkan,
dan Allah tidak menjadikan
maksiat sebagai jalan untuk
mendapatkan kebaikan dan
kebahagiaan.
Penzina telah mengharamkan
dirinya untuk mendapat
bidadari yang jelita di syurga
kelak.
Perzinaan menyeret kepada
terputusnya hubungan
silaturrahim, derhaka kepada
orang tua, pekerjaan haram,
berbuat zalim, serta menyia-
nyiakan keluarga dan
keturunan. Bahkan boleh
membawa kepada
pertumpahan darah dan sihir
serta dosa-dosa besar yang
lain. Zina biasanya berkait
dengan dosa dan maksiat
yang lain sebelum atau bila
berlakunya dan selepas itu
biasanya akan melahirkan
kemaksiatan yang lain pula.
Zina menghilangkan harga
diri pelakunya dan
merosakkan masa depannya
di samping meninggalkan aib
yang berpanjangan bukan
sahaja kepada pelakunya
malah kepada seluruh
keluarganya.
Aib yang dicontengkan
kepada pelaku zina lebih
membekas dan mendalam
daripada asakan akidah kafir,
misalnya, kerana orang kafir
yang memeluk Islam
selesailah persoalannya,
namun dosa zina akan benar-
benar membekas dalam jiwa
kerana walaupun akhirnya
pelaku zina itu bertaubat dan
membersihkan diri dia akan
masih merasa berbeza
dengan orang yang tidak
pernah melakukannya.
Jika wanita yang berzina
hamil dan untuk menutupi
aibnya ia mengugurkan
kandungannya itu maka dia
telah berzina dan juga telah
membunuh jiwa yang tidak
berdosa . Jika dia ialah
seorang wanita yang telah
bersuami dan melakukan
kecurangan sehingga hamil
dan membiarkan anak itu
lahir maka dia telah
memasukkan orang asing
dalam keluarganya dan
keluarga suaminya sehingga
anak itu mendapat hak
warisan mereka tanpa
disedari siapa dia
sebenarnya. Amat
mengerikan, naudzubillah
min dzalik.
Perzinaan akan melahirkan
generasi individu-individu
yang tidak ada asal
keturunan (nasab). Di mata
masyarakat mereka tidak
memiliki status sosial yang
jelas.
Pezina laki-laki bererti telah
menodai kesucian dan
kehormatan wanita.
Zina dapat menyemai
permusuhan dan menyalakan
api dendam antara keluarga
wanita dengan lelaki yang
telah berzina dengannya.
Perzinaan sangat
mempengaruhi jiwa kaum
keluarganya di mana mereka
akan merasa jatuh martabat
di mata masyarakat,
sehingga kadang-kadang
menyebabkan mereka tidak
berani untuk mengangkat
muka di hadapan orang lain.
Perzinaan menyebabkan
menularnya penyakit-
penyakit berbahaya seperti
aids, siphilis, dan gonorhea
atau kencing bernanah.
Perzinaan menjadikan sebab
hancurnya suatu masyarakat
yakni mereka semua akan
dimusnahkan oleh Allah
akibat dosa zina yang
tersebar dan yang dilakukan
secara terang-terangan.
HUKUMAN ZINA
Demikianlah besarnya bahaya
dosa zina, sehingga Ibnul
Qayyim, ketika mengulas tentang
hukuman bagi penzina, berkata:
“ Allah telah mengkhususkan
hadd (hukuman) bagi pelaku
zina dengan tiga kekhususan
iaitu:
Pertama, hukuman mati
secara hina (rejam) bagi
pezina kemudian diringankan
(bagi yang belum nikah)
dengan dua jenis hukuman,
hukuman fizikal yakni dirotan
seratus kali dan hukuman
mental dengan diasingkan
selama satu tahun.
Kedua, Allah secara khusus
menyebutkan larangan
merasa kasihan terhadap
penzina. Umumnya sifat
kasihan adalah
diharuskankan bahkan Allah
itu Maha Pengasih namun
rasa kasihan ini tidak boleh
sehingga menghalang dari
menjalankan syariat Allah. Hal
ini ditekankan kerana orang
biasanya lebih kasihan
kepada penzina daripada
pencuri, perompak, pemabuk
dan sebagainya. Di samping
itu penzinaan boleh
dilakukan oleh siapa sahaja
termasuk orang kelas atasan
yang mempunyai kedudukan
tinggi yang menyebabkan
orang yang menjalankan
hukuman merasa enggan
dan kasihan untuk
menjalankan hukuman.
Ketiga, Allah memerintahkan
agar pelaksanaan hukuman
zina disaksikan oleh orang-
orang mukmin dengan
maksud menjadi pengajaran
dan memberikan kesan
positif bagi kebaikan umat.

BEBERAPA PERKARA PENTING
YANG PERLU DIPERHATIKAN
Orang yang berzina dengan
banyak pasangan lebih besar
dosanya daripada yang berzina
hanya dengan satu orang,
demikian juga orang yang
melakukanya berkali-kali
dosanya lebih besar daripada
yang melakukannya hanya
sekali.
Penzina yang berani
melakukan maksiat ini
dengan terang-terangan
lebih buruk daripada mereka
yang melakukannya
secara sembunyi-sembunyi.
Berzina dengan wanita yang
bersuami lebih besar dosanya
daripada dengan wanita
yang tidak bersuami kerana
adanya unsur perbuatan
zalim (terhadap suami
wanita), boleh menyalakan
api permusuhan dan
merosak keutuhan rumah
tangganya.
Berzina dengan jiran lebih
besar dosanya daripada
orang yang jauh rumahnya.
Berzina dengan wanita yang
sedang ditinggalkan suami
kerana perang (jihad) lebih
besar dosanya daripada
dengan wanita lain.
Berzina dengan wanita yang
ada pertalian darah atau
mahram lebih jahat dan hina
daripada dengan yang tidak
ada hubungan mahram.
Ditinjau dari segi waktu maka
berzina di bulan Ramadhan,
baik siangnya ataupun
malamnya, lebih besar
dosanya daripada waktu-
waktu lain.
Kemudian dari segi tempat
dilakukannya, maka berzina
di tempat-tempat suci dan
mulia lebih besar dosanya
deripada tempat yang lain.
Pezina muhson (yang sudah
bersuami atau beristeri) lebih
hina daripada gadis atau
jejaka, orang tua lebih buruk
daripada pemuda, orang alim
lebih buruk daripada yang
jahil dan orang yang
berkemampuan (terutama
dari segi ekonomi) lebih
buruk deripada orang fakir
atau lemah.
BERTAUBAT
Bertaubat ini bukan khusus
hanya kepada penzina, bahkan
kepada sesiapa sahaja yang
menunjukkan jalan untuk
terjadinya zina, membantu dan
memberi peluang kepada
pelakunya dan siapa saja yang
ikut terlibat di dalamnya.
Hendaknya mereka semua
segera kembali dan bertaubat
dengan sungguh-sungguh,
menyesali apa yang pernah
dilakukannya dan berusaha
sekuat tenaga untuk tidak
kembali melakukannya. Dan
yang paling penting adalah
memutuskan hubungun dengan
siapa sahaja dan apa sahaja
yang boleh menarik ke arah
perbuatan keji tersebut. Dengan
demikian diharapkan Allah akan
menerima taubat itu dan
mengampuni segala dosa yang
pernah dilakukan, dan ingatlah,
tidak ada istilah ‘putus
asa’ dalam mencari rahmat Allah.
Allah berfirman, mafhumnya:
“ Dan orang-orang yang tidak
menyembah ilah yang lain
beserta Allah dan tidak
membunuh jiwa yang
diharamkan Allah
(membunuhnya) kecuali dengan
(alasan) yang benar, dan tidak
berzina, barangsiapa yang
melakukan demikian itu, niscaya
dia mendapat (pembalasan)
dosa (nya), (yakni) akan dilipat
gandakan azab untuknya pada
hari kiamat dan dia akan kekal
dalam azab itu, dalam keadaan
terhina, kecuali orang-orang
yang bertaubat, beriman dan
mengerjakan amal saleh; maka
mereka itu kejahatan mereka
diganti Allah dengan kebajikan.
Dan adalah Allah Maha
Pengampun lagi Maha
Penyayang. ” (QS. 25:68-70)

Disaring dari risalah Daarul
Wathan judul Min mafasid az-
zina, karya Muhammad bin
Ibrahim al Hamd.

0 Response to "Bahaya dan Akibat Yang Ditimbulkan dari Berzina"

Post a Comment

X-Steel - Wait